Analisis Kesilapan Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah Bagi Topik Pembezaan

Các tác giả

  • Ira Fazlin Mohd Fauzi Politeknik Kota Bharu
  • Hasanah Safein@Shafie Politeknik Kota Bharu
  • Udom Ewon Politeknik Kota Bharu

Tóm tắt

Kajian ini mengenai analisa kesilapan dalam penyelesaian masalah matematik bagi topik pembezaan dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Bharu. Tahap kesilapan pelajar diukur dengan merujuk kepada Model Analisa Kesilapan Newman yang melibatkan jenis kesilapan bermula dari membaca, memahami, menukar, kemahiran memproses dan rumusan. Seramai 44 orang pelajar daripada semester 3 yang pernah mengikuti kursus Matematik Kejuruteraan 2 telah dipilih oleh pensyarah kelas untuk menjawap Ujian Kemahiran Pemikiran Kognitif secara bertulis dalam masa yang ditetap. Hasil daripada analisa yang dilakukan didapati kesilapan yang berlaku pada fasa membaca (0%), memahami (11.6%), pertukaran (16.7%), kemahiran memproses (38.3%), dan rumusan (38.3%). Ini menunjukkan tahap kesilapan pelajar dalam penyelesaian masalah adalah signifikan kerana kesilapan yang berlaku pada awal pengiraan akan mempengaruhi jumlah kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah matematik. Selain itu, antara factor yang menyebabkan kegagalan pelajar dalam menjawab soalan ujian adalah kerana pelajar tidak memahami kehendak soalan dan tidak mampu menterjemahkan soalan dalam bentuk pengiraan serta pelajar lemah dalam konsep asas matematik telah memberi kesan jawapan yang diberi.

Tải xuống

Dữ liệu tải xuống chưa có sẵn.

Tải xuống

Đã Xuất bản

2022-03-18

Cách trích dẫn

Mohd Fauzi, I. F., Safein@Shafie, H., & Udom Ewon. (2022). Analisis Kesilapan Pelajar Dalam Penyelesaian Masalah Bagi Topik Pembezaan. Journal of STEM and Education, 1(1), 67–79. Truy vấn từ http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/5

Số

Chuyên mục

Articles

##category.category##