Impak Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Kesihatan Pelajar Kolej Komuniti

Các tác giả

  • Nur Angriani Nurja Kolej Komuniti Beaufort

Từ khóa:

Pembelajaran dalam talian, pandemik Covid-19, kesihatan pelajar, kolej komuniti

Tóm tắt

Dunia pendidikan tidak terlepas daripada bahana pandemik Covid-19 yang telah menular ke seluruh dunia pada suku tahun pertama 2020. Natijah wabak virus Covid-19 ini telah mendorong hampir semua negara melaksanakan kawalan pergerakan rakyat dalam usaha mengekang penularan virus berbahaya ini. Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara dalam talian bagi menghadapi situasi pandemik Covid-19. Tenaga pengajar atau pendidik telah mengaplikasi pelbagai platform dalam talian seperti Google Meet, Google Classroom, Zoom, Microsoft Teams, Telegram, YouTube dan WebEx untuk meneruskan sesi PdP dengan para pelajar. Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak pembelajaran dalam talian terhadap kesihatan dalam kalangan pelajar kolej komuniti negeri Sabah. Implikasi pembelajaran dalam talian ini dilihat dari aspek persekitaran, emosi, kesihatan fizikal dan refleksi kendiri para pelajar. Instrumen kajian ini merupakan satu set borang soal selidik yang diedar melalui Google Forms untuk memperoleh dapatan hasil kajian. Berdasarkan dapatan kajian, aspek persekitaran, emosi, kesihatan fizikal dan refleksi kendiri menunjukkan hubungan signifikan terhadap kesihatan pelajar semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian.

Tải xuống

Dữ liệu tải xuống chưa có sẵn.

Tải xuống

Đã Xuất bản

2022-06-27

Cách trích dẫn

Nur Angriani Nurja. (2022). Impak Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Kesihatan Pelajar Kolej Komuniti. Journal of STEM and Education, 2(1), 49–60. Truy vấn từ http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/25

Số

Chuyên mục

Articles

##category.category##