Pembelajaran Proses Pemesinan Larik Menggunakan Aplikasi CNC Simulator
Từ khóa:
Mesin larik, CNC, SimulasiTóm tắt
Krisis Pandemik Covid 19 telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan TVET negara. Kaedah penilaian alternatif, aktiviti bengkel dan makmal perlu diinovasikan menerusi pelaksanaan secara simulasi, pembelajaran maya, demonstrasi dan eksperimen atas talian bagi menangani cabaran teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara praktikal. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehgunaan aplikasi perisian simulasi CNC Simulator Versi 1.1.9 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik pemesinan larik secara kawalan berangka komputer (CNC) dalam kursus DJJ40142 Mechanical Workshop Practice 4. Perisian simulasi yang dipilih mempunyai kemampuan untuk memberikan gambaran sebenar dalam mengoperasi mesin larik CNC tiga paksi beserta pengendaliannya secara maya. Artikel ini menjelaskan mengenai prosedur dan syarat yang diperlukan dalam mengaplikasikan simulasi serta keberkesananya dalam proses pembelajaran. Seramai 36 orang pelajar semester 5 program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis telah dipilih bagi menjawab borang soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan perisian simulasi CNC Simulator Versi 1.1.9 memberikan hasil yang baik dalam pembelajaran pelajar dan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kursus.