Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Produk Jualan Langsung dalam Kalangan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu

Các tác giả

  • Zulfaizad Abd Hamid Politeknik Kota Bharu
  • Nik Ahmad Azmee Nik Abdullah Politeknik Kota Bharu

Từ khóa:

Produk jualan langsung, pelajar jabatan perdagangan

Tóm tắt

Sejak akhir-akhir ini, industri jualan langsung semakin popular dan mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat termasuklah pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Persaingan dalam dunia jualan langsung semakin sengit. Syarikat-syarikat jualan langsung bukan sahaja bersaing sesama mereka tetapi juga dengan syarikat- syarikat yang mengeluarkan barangan konvensional. Oleh itu, syarikat jualan langsung banyak membuat inovasi terhadap produk keluaran mereka dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian produk jualan langsung dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Responden dalam kajian ini ialah pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik yang mana setiap set soalan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Perkara yang dikaji merangkumi produk, perkhidmatan, harga dan promosi yang dijalankan oleh syarikat jualan langsung. Justeru, perkara ini dikaji untuk mengetahui faktor yang dapat mempengaruhi ataupun tidak mempengaruhi pelajar dalam membuat pembelian barangan jualan langsung.

Tải xuống

Dữ liệu tải xuống chưa có sẵn.

Tải xuống

Đã Xuất bản

2021-09-01

Cách trích dẫn

Zulfaizad Abd Hamid, & Nik Ahmad Azmee Nik Abdullah. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Produk Jualan Langsung dalam Kalangan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Journal of STEM and Education, 1(1), 80–85. Truy vấn từ http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/18

Số

Chuyên mục

Articles

##category.category##