Persepsi Pelajar Terhadap Perlaksanaan Program “Peer Mentoring” Untuk Matapelajaran Matematik Kejuruteraan dan Sains Kejuruteraan

Các tác giả

  • Aryana Syafiqah Abdullah Universiti Teknologi Mara
  • Mohd Faizal Ismail Politeknik Kota Bharu

Từ khóa:

Persepsi, peer mentoring, engineering mathematics, perlaksanaan, komunikasi.

Tóm tắt

Peer Mentoring merupakan teknik pembelajaran yang mewujudkan interaksi yang melibatkan mentor, mentee dan fasilitator. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap program Peer Mentoring bagi kursus Matematik Kejuruteraan I dan Sains Kejuruteraan. Program Peer Mentoring ini dapat membantu pelajar yang lemah dalm menguasai matapelajaran Matematik Kejuruteraan I dan Sains Kejuruteraan. Reka bentuk tinjauan deskriptif digunakan untuk kajian ini. Instumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik secara atas talian menggunakan Google Form. Saiz sampel untuk kajian ini terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu yang dipilih untuk mengikuti program Peer Mentoring. Sampel kajian melibatkan seramai 70 orang pelajar yang dipilih daripada 8 program. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif analisis seperti min, sisihan piawai dan peratusan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap program Peer Mentoring. Selain itu, kajian ini juga menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan diantara jantina dan persepsi terhadap program Peer Mentoring. Hasil kajian ini mendapati bahawa tiada hubungan antara jantina dan persepsi pelajar. Melalui kajian ini, pelajar menunjukkan persepsi yang positif dan menunjukkan minat untuk mengikuti program ini.

Tải xuống

Dữ liệu tải xuống chưa có sẵn.

Tải xuống

Đã Xuất bản

2022-03-18

Cách trích dẫn

Aryana Syafiqah Abdullah, & Mohd Faizal Ismail. (2022). Persepsi Pelajar Terhadap Perlaksanaan Program “Peer Mentoring” Untuk Matapelajaran Matematik Kejuruteraan dan Sains Kejuruteraan. Journal of STEM and Education, 1(1), 58–66. Truy vấn từ http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/15

Số

Chuyên mục

Articles

##category.category##