Kepenggunaan Aplikasi Mudah Alih iDirectory Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang

Các tác giả

  • Haslina Tawyer Kolej Komuniti Pasir Gudang
  • Noorashikin Mustafa Kolej Komuniti Pasir Gudang

Từ khóa:

Aplikasi mudah alih, iDirectory, latihan industri

Tóm tắt

Perkembangan arus teknologi memberi impak yang besar kepada dunia kini. Ini menyebabkan dimensi dunia berwajah baru seiring dengan perkembangan zaman pada abad ke-21. Pelbagai inovasi dibangunkan seiring dengan arus permodenan bagi memberi kemudahan kepada kehidupan seharian. Sejajar dengan Lonjakan Ketujuh, Ekosistem Inovasi di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia- Pengajian Tinggi (2015-2025) Unit Perhubungan Industri dan Alumni menyahut cabaran dalam membangunkan aplikasi mudah alih dalam menyampaikan maklumat berkenaan Latihan Industri dan senarai industri. iDirectory merupakan satu aplikasi mobile yang dibangunkan untuk memudahkan Unit Perhubungan Industri Dan Alumni (UPIA) menyampaikan info-info berkaitan latihan industri kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri serta kepada pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Antara info yang terdapat dalam iDirectory ialah silibus latihan industri, takwim latihan industri, senarai industri serta info-info terkini serta dokumen yang boleh di muat turun oleh pelajar. Aplikasi iDirectory ini boleh dicapai secara percuma melalui internet dengan memuat turun menerusi Google PlayStore ke dalam telefon pintar atau android. Hasil kajian menunjukkan bahawa impak dari segi aspek fizikal adalah tinggi iaitu dengan nilai min 4.48 dan Impak dari segi aspek tatacara penggunaan sistem juga tinggi iaitu dengan nilai min 4.45. Secara tidak langsung iDirectory dapat meningkatkan dan memperkasakan kaedah penyampaian maklumat melalui teknologi, penjimatkan kos melalui penjimatan kertas serta penjimatan masa kerana capaian maklumat lebih cepat dan mudah.

Tải xuống

Dữ liệu tải xuống chưa có sẵn.

Tải xuống

Đã Xuất bản

2022-03-18

Cách trích dẫn

Haslina Tawyer, & Noorashikin Mustafa. (2022). Kepenggunaan Aplikasi Mudah Alih iDirectory Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang. Journal of STEM and Education, 1(1), 7–12. Truy vấn từ http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/11

Số

Chuyên mục

Articles

##category.category##