Mengukur Luas Dan Isipadu Kapal Kargo Menggunakan Kaedah Simpson
Kata Kunci:
Kapal, matematik, ispadu, hukum, pengangkutan, ekonomiAbstrak
Industri perkapalan merupakan satu daripada cabang industri pengangkutan dan perkembangannya mula diperkenalkan melalui perkembangan daripada sebuah perahu yang boleh terapung di atas air. Semenjak dari itu, kekuatan ekonomi berkembang pesat serta meningkatkan ukuran dan kecanggihan teknologi kapal tersebut. Oleh yang demikian, kapal kargo merupakan pengangkutan laut yang menjadi nadi pengangkutan bagi pergerakan yang memfokuskan barangan seperti barangan pukal. Dalam memastikan ekonominya berada pada tahap yang tinggi di mata dunia, pengetahuan terhadap konsep-konsep Matematik perlu diambil kira. Oleh itu, kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan tentang konsep matematik yang digunakan untuk mengukur isipadu kapal melalui Hukum-hukum Matematik. Dalam kajian ini, hukum Matematik yang digunakan untuk mengukur isipadu kapal ialah Hukum Simpson. Selain daripada itu, kajian ini juga akan melihat jenis-jenis kapal kargo. Hasil dapatan menunjukkan bahawa rata-rata mempunyai tahap pendedahan konsep matematik melalui hukum matematik yang digunakan untuk mengukur luas dan isipadu kapal. Namun begitu, pengetahuan asas terhadap luas dan isipadu di bawah lengkung hanya dikuasai oleh penuntut yang mempelajarinya sahaja. Hukum matematik adalah hukum yang ditakrif oleh ahli matematik terdahulu dan memerlukan kepakaran untuk memahaminya. Batasan kajian ini adalah tertumpu kepada reka bentuk kapal yang hanya menggunakan satu bentuk sahaja untuk mendapatkan luas walaupun secara kasarnya dapat dilihat bahawa kapal-kapal ini terdiri daripada pelbagai jenis saiz, kategori dan fungsinya.