Persepsi Pensyarah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Semasa Pandemik Covid-19

المؤلفون

  • Atikah Basyirah Rozali Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Ahmad Muzri Mohammad Najib Politeknik Kota Bharu
  • Rozaimah Mustapa Politeknik Kota Bharu

الكلمات المفتاحية:

Pembelajaran dalam talian، pengajaran dan pembelajaran di rumah، persepsi pensyarah

الملخص

Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bukan sesuatu perkara yang asing di institut pengajian sebelum pandemic Covid-19 ini berlaku, namun kaedah pembelajaran ini hanya sebagai sokongan kepada pembelajaran secara bersemuka yang dijalankan di institut pengajian. Apabila berlakunya pandemik Covid-19, pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah menjadi satu keperluan kepada para pendidik bagi memutuskan rantaian virus Covid-19 terus merebak. Oleh hal yang demikian, semua pendidik perlu melakukan sepenuhnya pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pensyarah terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh pandemik Covid-19 dan juga mengenal pasti hubungan antara jantina dengan persepsi pensyarah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 78 pensyarah dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Responden menjawab soal selidik dalam talian dengan menggunakan Google Forms bagi mendapatkan data yang diperlukan untuk kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati bahawa tiada hubungan di antara jantina dengan persepsi pensyarah terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan PdPR. Selain ini, dapatan kajian menyatakan bahawa nilai min keseluruhan ialah 3.3065, iaitu persepsi pensyarah terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan PdPR adalah sederhana. Dapatan kajian ini boleh dipanjangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan peningkatan mutu penyampaian proses PdPR selaras dengan perkembangan revolusi industry 4.0.

التنزيلات

بيانات التنزيل غير متوفرة بعد.

التنزيلات

منشور

2021-09-01

كيفية الاقتباس

Atikah Basyirah Rozali, Ahmad Muzri Mohammad Najib, & Rozaimah Mustapa. (2021). Persepsi Pensyarah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Melalui Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Semasa Pandemik Covid-19. Journal of STEM and Education, 1(1), 49–57. استرجع في من http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/16

إصدار

القسم

Articles

الفئات