Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Produk Jualan Langsung dalam Kalangan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu
Keywords:
Produk jualan langsung, pelajar jabatan perdaganganAbstract
Sejak akhir-akhir ini, industri jualan langsung semakin popular dan mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat termasuklah pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Persaingan dalam dunia jualan langsung semakin sengit. Syarikat-syarikat jualan langsung bukan sahaja bersaing sesama mereka tetapi juga dengan syarikat- syarikat yang mengeluarkan barangan konvensional. Oleh itu, syarikat jualan langsung banyak membuat inovasi terhadap produk keluaran mereka dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian produk jualan langsung dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu. Responden dalam kajian ini ialah pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik yang mana setiap set soalan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Perkara yang dikaji merangkumi produk, perkhidmatan, harga dan promosi yang dijalankan oleh syarikat jualan langsung. Justeru, perkara ini dikaji untuk mengetahui faktor yang dapat mempengaruhi ataupun tidak mempengaruhi pelajar dalam membuat pembelian barangan jualan langsung.