Potensi Alga Sebagai Medium Penanaman Sawi

Authors

  • Ezdalina Abdul Rahaman Politeknik Kota Bharu
  • Roslina Mat Yazid Politeknik Sandakan Sabah

Keywords:

Alga, Sabut kelapa, Sawi, Nutrien, Medium penanaman

Abstract

Alga merupakan kumpulan tumbuhan paling ringkas yang mempunyai klorofil. Alga mengandungi mineral, asid, makronutrien dan mikronutrien serta beberapa sebatian berguna seperti karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, asid askorbik dan vitamin D3. Walau  bagaimanapun, kebanyakan alga hanya digunakan sebagai makanan haiwan dan dalam bidang farmaseutikal. Kajian ini bertujuan untuk menguji potensi alga sebagai media percambahan tanaman sawi. Kajian dijalankan dengan membuat perbandingan di antara percambahan sawi dengan menggunakan dua jenis medium yang berbeza iaitu alga yang sudah dikeringkan dan sabut kelapa. Sebanyak empat bekas penyemaian sepanjang 1.5 meter digunakan untuk penyemaian sawi menggunakan alga dan sabut kelapa. Hasil pemerhatian selama tiga minggu menunjukkan kadar pertumbuhan sawi menggunakan alga lebih baik berbanding sabut kelapa. Sawi yang disemai pada alga lebih hijau dan besar berbanding sabut kelapa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27.06.2022

How to Cite

Ezdalina Abdul Rahaman, & Roslina Mat Yazid. (2022). Potensi Alga Sebagai Medium Penanaman Sawi. Journal of STEM and Education, 2(1), 61–66. Retrieved from http://mmbrf.com/ojs/index.php/pkb/article/view/26

Issue

Section

Articles

Categories