Persepsi Pelajar Terhadap Bengkel Day of Mathematics (Do-MATHS) Program Diploma Kejuruteraan Semester 3 PSMZA
Keywords:
Persepsi, pelajar, bengkel, matematikAbstract
Abstrak
Engineering Mathematics 3 (DBM30033) merupakan Kursus Matematik Kejuruteraan yang ditawarkan kepada pelajar Semester 3 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terdiri daripada Program DKM, DEM, DAD dan DTP. Kegagalan atau kelulusan dalam kursus ini menyumbang peratusan besar terhadap prestasi individu dan politeknik secara keseluruhannya. Berdasarkan dapatan pencapaian peperiksaan Semester Disember 2020 yang lepas, didapati CLO1C bagi kedua-dua program ini adalah rendah iaitu DAD (47.70%) dan DTP (48.50%). Kesinambungan ini, satu Bengkel Day of Mathematics (Do-MATHS) telah dilaksanakan melibatkan pelajar bagi program DAD dan DTP. Program ini juga dirangka untuk membimbing dan membantu pelajar-pelajar ini dengan kemahiran, teknik dan strategi sebelum Peperiksaan Alternatif. Sampel kajian adalah 60 orang pelajar semester tiga program DAD dan DTP yang mengambil Engineering Mathematics 3 (DBM30033) bagi sesi 1 2021/2022. Kajian rintis yang dijalankan mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak α = 0.795. Analisis kajian melalui borang soal selidik berskala likert yang diedarkan kepada pelajar serta soalan pra ujian dan pasca ujian. Dapatan kajian ini menunjukkan purata skor min yang tinggi sebanyak 3.60 terhadap persepsi pelajar tentang pengurusan dan kemudahan yang disediakan sepanjang program dan terdapat peningkatan tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar serta tahap aplikasi pelajar melalui analisis Ujian-t. Terdapat peningkatan skor min sebanyak 1.03 berbanding sebelum program iaitu 2.94 dan skor min selepas menyertai program ini adalah 3.97.